Wednesday 9 December 2015

Aku


Aku,
Seorang melayu,
Ingin melihat bangsaku,
Berjaya,

Aku,
Tidak rela melihat bangsaku kecewa lagi,
Tidak rela melihat bangsaku dijajah lagi,
Tidak mahu melihat darah melayu bertumpahan lagi,

Aku,
Biar mati terseksa kerana pertahankan bangsa,
Biar mati bermaruah kerna mendaulatkan bangsa,
Biar darahku tumpah ditanah tumpahnya darahku ini,

Aku,
Mahu lihat bangsaku berjaya
Tapi kenapa,
Bangsa ku seakan akan lupa,
Perjuangan demi perjuangan,
Yang dipikul oleh pejuang2 negara,
Panji yang dibawa oleh mereka,
Seperti dibiarkan jatuh tidak bersambut,

Aku,
Aku akan pergi,
Aku tidak akan lama disini,
Aku akan pulang ke tanah jua,
Sebelom aku pergi,
Aku mahu melihat negaraku berkembang,
Ya Allah,
Untuk negara,
Untuk bangsa,
Untuk agama,
Permudahkan perjalanan pengisian ruang kemerdekaan di negaraku yg ku cintai ini,

-Cypholismail-